PENGENALAN MAB
MAB adalah produk tradisional dibuat dari herba, rempah ratus dan madu. Kegunaan MAB pada asasnya adalah untuk family planning. Walaubagaimana pun MAB juga bertindak sebagai ubat multi-purpose (pelbagai guna) dalam penjagaan kesihatan dalaman/kecantikan wanita terutamanya bagi yang telah berumahtangga. MAB juga merupakan salah satu alternatif bagi orang yang kurang selesa dengan kaedah family planning moden. Keberkesanannya dalam family planning adalah 100% sekiranya anda mengikut aturan makan yang betul. MAB boleh diambil oleh orang yang berumur 18 tahun ke atas, berkahwin/bujang dan warga tua. MAB dijamin bersih, suci lagi halal tanpa perlu diragui lagi bagi umat Islam.
KONSEP MAB
Apabila anda mengambil MAB, ianya akan bertindak merawat penyakit terlebih dahulu. Proses ini dinamakan tindakbalas awal. MAB akan bertindak membetulkan sistem dalam badan supaya ianya berfungsi dengan baik. Bahagian yang akan berlaku proses rawatan adalah seperti pada bahagian peranakan, mencairkan lemak, kolestrol dan toksin dalam darah. Apa yang MAB buat adalah ia akan mencairkan darah period lama/nifas lama yang tidak keluar habis semasa tempoh berperiod/berpantang (bagi yang bersalin). Darah ini biasanya berwarna hitam/coklat. Banyaknya darah yang keluar adalah bergantung kepada tahap kesihatan diri masing-masing. Jika anda sudah lama tidak berperiod/period pendek bermakna banyaklah darah kotor yang disimpan dalam peranakan tersebut. Pada peringkat ini anda akan didatangi kekerapan period yang tidak menentu kerana MAB sedang merawat peranakan anda. Selepas selesai tempoh itu anda akan melalui peringkat keserasian dengan MAB. Pada tahap ini period akan kembali normal. Maksudnya apabila habis saja makan 21 biji, besoknya period akan datang. Pada tahap ini MAB sudah serasi dengan anda kerana proses rawatan sudah selesai.
Selain dari darah kotor seperti di atas, lemak/kolestrol/toksin dalam badan/darah akan dipecahkan dan akan dibuang bersama najis air besar. Pada masa ini anda akan mengalami kekerapan membuang air besar dan melepaskan angin/kentut.
Darah period lama ini seharusnya dikeluarkan kerana ianya memberi implikasi kepada anda dalam tempoh jangka panjang. Antara risikonya terdedah kepada fibriodlcyst/barah pangkal rahim. Jika darah lama ini dapat dikeluarkan InsyaAllah risiko kepada penyakit tersebut adalah rendah. Dengan kata lain MAB adalah salah satu ikhtiar untuk mengelakkan kemunculan penyakit tersebut. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
KHASIAT MAB
Sebagai makluman MAB ini bukanlah hanya semata-mata untuk family planning sahaja, malah MAB boleh dikatakan ubat pelbagai guna (multi-purpose). Pada umumnya MAB mempunyai khasiat-khasiatnya yang tersendiri berguna untuk kesihatan dalaman/fizikal wanita. Berikut antara khasiat-khasiatnya :
i. | Merawat keputihan |
| ii. | Memelihara peranakan |
| |
iii. | Reduce kotor/darah period lama melalui period |
| iv. | Teraturkan period/stabilkan hormon wanita |
| |
v. | Awet muda |
| vi. | Mencantikkan kulit/ menegangkan payudara |
| |
vii. | Melancar peredaran darah/memulihkan sel darah merah |
| viii. | Memberi/boost tenaga seharian | ||
ix. | Memecah lemak/kolestrol/toksin |
| x. | Kawal berat badan |
| |
xi. | Melawas buang air besar/memudah penghadaman |
|
|
|
| |
LAIN-LAIN KEGUNAAN MAB
Di bawah ini diterangkan sedikit cara ringkas lain-lain kegunaan MAB sepertimana yang dimaksudkan sebagai ubat pelbagai guna (multi purpose). Antaranya adalah seperti berikut:
i. MELAMBATKAN MONOPOUSE/MENGEMBALIKAN PERIOD BAGI YANG TELAH MONOPOUSE
Dengan mengamalkan MAB anda tidak akan monopouse di usia yang terlalu awal, iaitu sekitar 40-an. Biasanya hormon kewanitaan dikeluarkan oleh otak kita dengan aktif pada usia remaja sehinggalah usia sekitar 30-an. Disebabkan faktor usia, stress dan tekanan hidup, otak kita menjadi kurang berkeupayaan merembeskan hormon tersebut untuk badan. Jika masalah ini tidak diatasi dengan baik, kita menjadi cepat tua dan akhirnya mempercepatkan kita monopouse terlalu awal. Keadaan ini akan menimbulkan kesan yang tidak baik dalam hubungan rumahtangga. Hubungan seksual suami isteri juga menjadi tidak harmoni disebabkan faktor tersebut. InsyaAllah dengan mengamalkan MAB masalah tersebut dapat diatasi dengan baik.
ii. MAB UNTUK IKHTIAR DAPAT ANAK
Biasanya orang yang mempunyai masalah period/senggugut adalah sukar untuk mengandung. Berkemungkinan orang seperti ini mempunyai masalah dalaman pada peranakan seperti terdapatnya blocking pada peranakan seperti period yang tidak keluar habis/keputihan. Keadaan seperti ini akan menghalang perjalanan sperma lelaki dari salur peranakan (fallopio) menuju ke rahim untuk bercantum dengan benih perempuan (ovum/telur). Dengan mengamalkan MAB ianya akan mengeluarkan kembali darah period lama (berwarna hitam/coklat) dan lemak putih (keputihan) supaya proses perjalanan sperma lelaki tidak tersekat seterusnya tempoh persenyawaan dengan ovum/telur terjadi dengan lebih cepat. Dengan itu proses penghamilan dapat diikhtiar dengan pengambilan MAB.
iii. SESUAI BAGI PEREMPUAN BERUMUR/WARGA EMAS
MAB ini bukan saja untuk wanita muda malah ianya sesuai kepada perempuan-perempuan berumur 50-an ke atas. Bagi kategori perempuan berumur/warga emas ianya tidak dapat mengembalikan period lagi, cuma hanya boleh mendapat khasiat-khasiatnya sahaja seperti melancarkan peredaran darah, memberi tenaga, lawas, menghilangkan kebas-kebas kaki, tangan dan sebagainya.
ATURAN MAKAN MAB
1. Bagi yang lepas pantang, makan hari yang ke 44 selepas bersalin.
2. Bagi yang merancang sendiri, mula makan pada hari ke 3, 4 atau 5 period.
3. Bagi yang ambil pil perancang ingin bertukar ke MAB, habiskan pil tersebut dan semasa hendak ganti pil, terus ganti dengan MAB dan tak perlu lagi tunggu period. MAB juga boleh makan bersama pil.
4. Bagi yang merancang menggunakan IUCD, kaedah penggantian dengan MAB adalah seperti berikut:
i.Kes yang tidak ada period, dapat MAB terus makan.
ii.Kes IUCD yang belum expired dan ada period, mula makan pada hari ke 3, 4 atau 5 period. Bila IUCD sudah expired nanti boleh putuskan sama ada mahu guna IUCD atau guna MAB.
5. Bagi yang merancang guna suntikan, kaedah penggantian dengan MAB adalah seperti berikut:
i. Kes belum/baru expired, dapat MAB boleh terus makan pada ke hari 3, 4 atau 5 period.
ii. Bagi yang tidak period, dapat MAB boleh terus makan. Lepas expired suntikan boleh putuskan terus sambung suntikan atau MAB saja.
6. Makan 1 biji sahaja sekali sehari, samada pagi / malam setiap hari selama 21 biji. Selepas habis, rehat selama 7 hari dan selepas itu sambung botol ke 2 dan seterusnya. Contohnya jika habis makan hari Ahad, maka sambung semula botol ke 2 pada hari Ahad minggu seterusnya.
i.Contoh kes makan malam
Jika habis makan malam Ahad, maka sambung botol ke 2 pada malam Ahad depan.
ii.Contoh kes makan pagi
Jika habis makan pagi Ahad, maka sambung botol ke 2 pada pagi Ahad depan.
7. Bagi kes lupa makan, caranya adalah seperti berikut:
i.Lupa makan waktu malam
Lupa makan malam, pagi esoknya ambil sebiji sebagai ganti. Jika masih juga lupa paginya maka malamnya kena ambil 2 biji sekali.
ii.Lupa makan waktu pagi
Lupa makan pagi, malamnya ambil 1 biji sebagai ganti. Jika masih juga lupa malamnya maka pagi esoknya kena ambil 2 biji sekali.
8. Untuk tempoh pengambilan MAB bagi merancang keluarga, MAB hanya memberi perlindungan sehingga tempoh 24 jam sahaja. Oleh itu berhati-hati tempoh gap (jarak) makan supaya ianya tidak melebihi 24 jam. Jika syarat ini tidak dipatuhi maka ianya kurang berkesan untuk dijadikan family planning.
9. Jika sedang makan MAB didatangi period tidak berhenti, terus sambung makan sehingga habis 21 biji dan baru berhenti 7 hari sebelum sambung semula botol ke 2 dan botol seterusnya.
10. Jika puan-puan mematuhi aturan makan MAB ini, InsyaAllah ianya akan dapat membantu kaedah family planning yang berkesan.
3 botol pertama--- membuang blocking dalam rahim/rawat rahim
3 botol seterusnya--- kesuburan...
selepas habis 6 botol kalau period dah teratur.. stop utk pregnant.
Selamat mencuba
Harga Maajun Anggun Bistari : RM15 (tidak termasuk pos)
0 nota:
Post a Comment